Friday, April 30, 2010

SALAM PERKABARAN...


SALAM

alhamdulilah, syukur... sebab tak lama lg me akan tamat praktikal... so.. rasa best sgt.. dah x larat nak lalui alam pembelajaran... ape pun dalam menghadapi alam dewasa ini ape yg kita hadapi, yg kita lalui semuanya akan mengajar kita erti kehidupan... me bersyukur sgt sebab dah dapat ape yang ingin digapai .... ingin berjaya dalam sukan hoki dan berjaya dalam pelajaran tu lah impian selama nie... sedih bila kenang nasib dulu... kehidupan yang susah.. tapi berkat dengan kesabaran me dapat ape yang me impikan... syukur... To all my sifu Thanks for everything... cikgu amin, cikgu zamri, cikgu suhaimi, cikgu fauzi.. dan kata2 cikgu che moh dan sifu2 yang lain banyak memberi perangsang untuk belajr.... segala ilmu yg cikgu semua curahkan akan nasa gunakan dengan sebaik mungkin.....
Kepada cikgu zamri and cikgu amin.... u all the best.. seorang cikgu and jurulatih yang the best... pesanan cikgu tak pernah saya lupakan... sehingga saya berjaya... benarlah kata cikgu... untuk jadi orang yang sempurna adalah sempurna dari segi sahsiah, mental, fizikal dan intelek....
To myluv(nor aini ... thanks coz byk support abg... segala yang kita lalui semuanya adalah ujian dan dugaan dari-NYA... dugaan akan datang untuk menguji hidup kita kerana ITULAH KEHIDUPAN DIDUNIA.... Doa abg semoga ain berjaya dan juga dapat mencapai ape yang ain impikan......
cukupla dulu setakat ini... kepada sesiapa yang melawat blog saya.... segala perkembangan sukan hoki akan saya kabarkan skiranya ade perkembangan yang menarik... utk pengetahuan semua.. pasukan hoki malaysia sekrang tak silap tengah menghadapi persiapan kejohanan piala sultan Azlan shah... Sukan ASIA .... Harap kem malaysia berjaya dan akan menempa kejayaan....

Saturday, February 13, 2010

HOKI PIALA TNB 2010 ( TNB VS SAPURA ) TnB juara 2010















Dah lama nasa tak tengok perlawanan liga hoki malaysia. Smalam perlawanan akhir melibatkan Pasukan TNB dan SAPURA... So... terlepas la hajat selama nie nak tgk... hehe... Bertolak ke stadium kol 4 lagi... tapi game kol 6 setengah baru start.. semangat gila semalam... heheh... tapi ape pun semalam memng dah dapatla tengok... Macam terasa nak main hoki balik plak tengok kawan2 yang dulu sama2 main.... sedih pun ade.. tapi keyakinan tetap la ade suatu hari nanti saya nak main balik hoki.... well.. we see yark.... kepada kawan2 tunggu la permata yang dah lama malap akan bersinar kembali... hehe... insyaallah jadi kenyataan... lagipun saya dah nak tamat belajar.... ok... mengenai perlawanan semalam... pasukan TNB muncul juara Hoki Piala TNB apabila menundukkan Sapura, 4-2 menerusi penalti stroke selepas terikat 1-1 pada perlawanan 70 minit yang mendebarkan.... hehe.... terasa mcm saya yang beraksi.... ok... sapura mendahului pada separuh masa pertama melalui jaringan S.Kuhan... Memang tak dpt di nafikan yang bekas kapten malaysia tu memng berbisa lagi dalam menyempurnakan sudut penalti... apepun pada separuh masa kedua.. Tnb Menyamakan kedudukan melalui sudut penalti juga apabila senang di sempurnakan oleh Amin Rahim... Semasa penalti stroke... s.kuhan gagal menyempurnakan... yerla.. s.kumar dah dapat baca pun... hehe... ape pun memang s.kumar cemerlang ar semalam... hurmmm.. begitula sedikit cerita pasal final smlm... tempat ke 3/4 pula... melibatkan KHKL dengan Maybank... KHKL menang 5-1... Ape pun yang paling best... kat stadium hoki tu la aku jumpa balik ramai kawan2 aku tu... ade yang dah kawen pun... tapi aku lambat la lagi selagi tak stabil idop nie... kepada kawan2 tahniah berjaya dalam hoki.... tunggu nasa menyusul nanti... hehe...

SERI SELAYANG...



Kepada kawan2 semua... skrng saya agak buzy sket ngan praktikal... so.. nak update selalu blog nie tak sempat... pagi sekolah.. petang skolah... sampai rasa nak rebah tersungkur.. walauapapun... tanggunjawab tetap diutamakan... skrng tengah sibuk latih pasukan hoki sekolah.. memandangkan budak sekolah seri selayang nie dah beberapa tahun tinggalkan hoki.. jadi terpaksa la saya bentuk team sekolah nie balik... memang susah bila pasukan yang baru nak di bentuk bermain bagus... ape pun saya cuba sedaya upaya untuk melatih pasukan sekolah ini sekurang-kurangnya dapat la beri saingan kepada sekolah2 lain... heheh... moga berjaya lah....

Friday, January 29, 2010

MJHL lahir bintang hoki negara


MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.
Itu mungkin satu ungkapan klise yang selalu didengari, namun hakikatnya, inilah pegangan yang menjadi landasan utama buat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Dengan kedudukan ranking skuad negara di tangga ke-16 dunia ketika ini, sukan hoki bolehlah dianggap antara sukan yang berjaya di negara ini selain skuasy, badminton, boling, dan juga sukan teras yang lain.

Justeru, tidak salah jika dikatakan hoki merupakan antara sukan yang telah menaikkan imej dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.


Begitupun, PHM yang kini di bawah pimpinan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ada satu misi baru tahun ini.

Selain memperbaiki ranking negara di pentas dunia, PHM juga mahu melahirkan sebanyak mungkin pemain-pemain muda untuk menjadi pelapis kepada pemain bintang yang ada sekarang.

Usaha yang lahir dari idea Tengku Abdullah itu akan dimulakan di peringkat akar umbi dengan melibatkan semua sekolah dan persatuan hoki di peringkat daerah dan negeri.

Salah satu platform yang dianggap penting untuk melahirkan pemain pelapis berbakat ini ialah dengan penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) yang melibatkan pemain berusia bawah 19 tahun.



WORLD CUP HOCKEY DELHI 2010


Rank
Country
Points
1
2088
2
1993
3
1790
4
1778
5
1730
6
1535
7
1498
8
1373
11
1043
12
1010
13
965
14
962

kejohanan hoki piala dunia FIH akan berlangsung hampir sebulan lagi. Tuan rumah bg kejohanan ini adalah India. malaysia tidak layak ke kejohanan dunia selepas gagal dalam kempen kelayakan Piala dunia di New Zeland ekoran tumpas pada perlawanan akhir. perlawanan kelayakan ini hanya mengambil 1 pasukan sahaja. malaysia tidak layak setelah kalah pada pusingan kelayakan yang lalu. walaubagaimanapun, pasukan malaysia telah menunjukkan satu peningkatan prestasi yang memberangsangkan pada musim ini. sekarang pasukan hoki negara fokus pada sukan komenwell dan asia....