Friday, January 29, 2010

MJHL lahir bintang hoki negara


MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.
Itu mungkin satu ungkapan klise yang selalu didengari, namun hakikatnya, inilah pegangan yang menjadi landasan utama buat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Dengan kedudukan ranking skuad negara di tangga ke-16 dunia ketika ini, sukan hoki bolehlah dianggap antara sukan yang berjaya di negara ini selain skuasy, badminton, boling, dan juga sukan teras yang lain.

Justeru, tidak salah jika dikatakan hoki merupakan antara sukan yang telah menaikkan imej dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.


Begitupun, PHM yang kini di bawah pimpinan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ada satu misi baru tahun ini.

Selain memperbaiki ranking negara di pentas dunia, PHM juga mahu melahirkan sebanyak mungkin pemain-pemain muda untuk menjadi pelapis kepada pemain bintang yang ada sekarang.

Usaha yang lahir dari idea Tengku Abdullah itu akan dimulakan di peringkat akar umbi dengan melibatkan semua sekolah dan persatuan hoki di peringkat daerah dan negeri.

Salah satu platform yang dianggap penting untuk melahirkan pemain pelapis berbakat ini ialah dengan penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) yang melibatkan pemain berusia bawah 19 tahun.



No comments:

Post a Comment