Monday, September 14, 2009

Kelayakan Piala Dunia Tebus segera maruah hoki


TIADA siapa menjangkakan penguasaan kita dalam sukan hoki semakin hari semakin longgar. Jika dahulu kita berstatus sebagai antara pasukan yang berada pada ranking terbaik dunia, kini kedudukan kita di peringkat dunia terus merudum.

Namun, usaha untuk menebus kembali maruah sukan hoki sentiasa ada. Yang terbaru peluang terhidang pada saingan kelayakan Piala Dunia di India tahun depan.

Berdasarkan undian kumpulan kelayakan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Malaysia diundi satu kumpulan dengan Austria, China, tuan rumah, New Zealand, Scotland dan Wales pada saingan mulai 7 hingga 15 November ini.

Diminta mengulas undian tersebut, bekas ketua pasukan kebangsaan, Mirnawan Nawawi menyiaftkan Malaysia mendapat undian lebih mudah berbanding dua lagi kumpulan kelayakan yang berlangsung di Perancis dan Argentina.

Menurutnya, hanya New Zealand yang dilihat menjadi halangan besar skuad Malaysia untuk muncul juara seterusnya layak ke pusingan akhir di India.

Hanya juara kumpulan kelayakan sahaja yang layak beraksi pada kejohanan Piala Dunia di New Delhi, India pada 28 Februari hingga 13 Mac tahun depan.

“Pada pendapat saya, lawan kita dalam kumpulan kelayakan kali ini agak seimbang.

“Cuma halangan kita nanti adalah dari pasukan tuan rumah, New Zealand. Dengan China pula kita perlu lebih berwaspada.

“Berdepan lain-lain pencabar, kita sepatutnya tiada masalah untuk membenam cabaran pasukan seperti Austria, Scotland dan Wales.

“Cuma satu perkara yang harus diberi perhatian ialah rekod lima perlawanan ujian skuad kebangsaan dengan New Zealand, memihak kepada pasukan lawan. Kita kalah tiga kali dan seri dua kali.

“Lantaran itu, diharapkan para pemain dapat belajar daripada kelima-lima perlawanan ujian tersebut supaya prestasi yang sama tidak berulang pada perlawanan kelayakan nanti,’’ katanya.

Memang tidak dinafikan, saingan dalam kumpulan lain lebih sukar.

Contohnya, saingan kelayakan Piala Dunia di Lille, Perancis pada Oktober ini melibatkan pasukan di ranking atas dunia seperti Pakistan, Jepun, Perancis, Poland, Rusia dan Itali.

Satu lagi kumpulan kelayakan di Quilmes, Argentina pada November depan melibatkan saingan pasukan Belgium, Argentina, Ireland, Amerika Syarikat, Republik Czech dan Chile.

Setakat ini, sembilan pasukan telah mengesahkan layak ke Piala Dunia tahun depan iaitu Kanada, Korea Selatan, Afrika Selatan, Australia, England, Jerman, Belanda, dan Sepanyol.

Jika Inilah masa dan peluang untuk jurulatih negara, Tai Beng Hai menafikan segala kritikan terhadap rekodnya yang disifatkan terumbang ambing sepanjang hampir setahun membimbing skuad kebangsaan.

Beng Hai yang dilantik menjadi jurulatih pada 27 Disember tahun lalu dilihat bakal menjanjikan sedikit sinar kepada skuad kebangsaan apabila membawa Malaysia muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah April lalu.

Sebulan selepas itu, beliau hanya mampu meletakkan skuad negara di tempat keempat dalam kejohanan Piala Asia di Kuantan.

Akibatnya, Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini melontarkan cabaran supaya skuad kebangsaan cemerlang pada saingan kelayakan Piala Dunia jika Beng Hai mahu terus mengemudi skuad negara.

Tengku Abdullah kecewa dengan pencapaian yang dipamerkan skuad hoki selama ini menjelaskan, kejohanan kelayakan itu menjadi medan terakhir kepada Beng Hai untuk membuktikan kemampuannya.


petikan daripada Utusan Malaysia online

12/9/2009

Sunday, May 3, 2009

BJSS JUARA LIGA HOKI REMAJA 2009


Pertama skali tahniah buat adik2 ku kerana berjaya meneruskan tradisi sekolah sukan bukit jalil selaku juara liga hoki remaja 2009. Sememangnya juara milik kita... semoga akan berjaya dalam mana2 pertandingan yang di sertai. Perlawanan akhir semalam cukup sengit kerana kedua-dua pasukan terikat 3-3 dan berlangsung ke masa tambahan... BJSS berjaya pertahankan kejuaraannya melalui penalty stroke dengan kelebihan 5-4.... Ape pun pertembungan ini adalah pertembungan adik beradik.. cuma yang lain nya ramuan dan adunan strategi dari corak latihan yang berbeza... kedua-dua jurulatih terbaik sama-sama menjana strategi utk menjadi juara.. tahniah buat BPSS Juga, kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir liga hoki remaja... Diharap kedua2 sekolah ini akan berjaya melahirkan atlet hoki bertaraf tinggi dan dapat bersaing dengan atlet luar... SEMOGA MAJU JAYA...

Thursday, April 30, 2009


Jiwa mohan akan menyertai pasukan negara pada kejohanan asia setelah mendapat pelepasan dari majikannya.. pemain ini berpegkalan di australia merupakan salah seorang pemain yang berpengalaman. Di harap dengan kepulangan jiwa mohan dapat membantu skuad negara melakarkan kejayaan ekoran kejohanan ini penting bg kelayakan ke piala dunia nanti..

Thursday, April 23, 2009

Kejohanan hoki Piala Asia 2009



Hampir 2 minggu lagi pasukan hoki negara akan mengharungi kejohanan Hoki Piala Asia 2009 yang akan berlangsung di kuantan pahang. K ejohanan ini akan bermula pada 9-16 mei ini.. Kepada peminat sukan hoki boleh lah ke stadium hoki kuantan untuk memberi sokongan kepada pasukan negara. kejohanan ini melibatkan beberapa negara handalan seperti INDIA (10), KOREA SELATAN ( 5 ), PAKISTAN( 8), JEPUN (11), CHINA(16), sri langka(41), bangladesh (34), dan singapura (43)..

Pasukan juara kejohanan Asia ini akan layak secara automatik ke pertandingan Piala Dunia 2010 di India manakala empat pasukan terbaik seterusnya akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia November ini.
adakah malaysia mampu melayakkan diri ke piala dunia 2010 nanti.... sama2 kita doakan kejayaan pasukan negara.. MALAYSIA BOLEH!

Tuesday, April 21, 2009

GOLKEPPER DRILLS

GOLKEPPER HOCKEY FIELD DRILLS

Monday, April 20, 2009

Sekapur sireh...



Salam sejahtera kepada semua pelayar blog..

Blog ini menampilkan sedikit sebanyak tentang perkembangan hoki di negara kita. Blog ini terhasil kerana minatku yang teramat sangat kepada sukan hoki. Kita lihat perkembangan sukan hoki di malaysia sekarang, pasukan hoki malaysia telah menduduki ranking ke- 15 dunia. rangking pada masa kini amat merundum berbanding pada suatu ketika dahulu malaysia menduduki rangking ke-4 dunia. Apakah silap dan kelemahannya sehingga prestasi pasukan negara merundum? Apapun tahniah kepada pasukan Negara kerana telah berjaya melangkah ke final dalam kejohanan Hoki Piala Azlan SHAH. Walaupun tewas pada final 3-1 kepada India tapi persembahan pasukan negara sudah menunjukkan satu peningkatan yang baik. Berdasarkan kepada pasukan negara yang kesulurahannya di barisi pemain-pemain muda, pasukan ini akan mampu perbaiki rangking negara kelak.
Sekian sahaja dari saya untuk pelayar, saya akan sambung maklumat masa ke semasa bila ada masa nanti. Now, saya kena stdy for exam... hoki-hoki jugak, stdy no 1.. heheh.. daaaaaaaa