Friday, January 29, 2010

MJHL lahir bintang hoki negara


MELENTUR buluh, biarlah dari rebungnya.
Itu mungkin satu ungkapan klise yang selalu didengari, namun hakikatnya, inilah pegangan yang menjadi landasan utama buat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Dengan kedudukan ranking skuad negara di tangga ke-16 dunia ketika ini, sukan hoki bolehlah dianggap antara sukan yang berjaya di negara ini selain skuasy, badminton, boling, dan juga sukan teras yang lain.

Justeru, tidak salah jika dikatakan hoki merupakan antara sukan yang telah menaikkan imej dan nama Malaysia di pentas antarabangsa.


Begitupun, PHM yang kini di bawah pimpinan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ada satu misi baru tahun ini.

Selain memperbaiki ranking negara di pentas dunia, PHM juga mahu melahirkan sebanyak mungkin pemain-pemain muda untuk menjadi pelapis kepada pemain bintang yang ada sekarang.

Usaha yang lahir dari idea Tengku Abdullah itu akan dimulakan di peringkat akar umbi dengan melibatkan semua sekolah dan persatuan hoki di peringkat daerah dan negeri.

Salah satu platform yang dianggap penting untuk melahirkan pemain pelapis berbakat ini ialah dengan penganjuran Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) yang melibatkan pemain berusia bawah 19 tahun.



WORLD CUP HOCKEY DELHI 2010


Rank
Country
Points
1
2088
2
1993
3
1790
4
1778
5
1730
6
1535
7
1498
8
1373
11
1043
12
1010
13
965
14
962

kejohanan hoki piala dunia FIH akan berlangsung hampir sebulan lagi. Tuan rumah bg kejohanan ini adalah India. malaysia tidak layak ke kejohanan dunia selepas gagal dalam kempen kelayakan Piala dunia di New Zeland ekoran tumpas pada perlawanan akhir. perlawanan kelayakan ini hanya mengambil 1 pasukan sahaja. malaysia tidak layak setelah kalah pada pusingan kelayakan yang lalu. walaubagaimanapun, pasukan malaysia telah menunjukkan satu peningkatan prestasi yang memberangsangkan pada musim ini. sekarang pasukan hoki negara fokus pada sukan komenwell dan asia....